Wednesday, April 25, 2018

3 Gaya Hidup Ini Akan Turunkan Berat Badan Tanpa Anda Sedari. Jom ubah!

Diet dilakukan memang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Tapi kebanyakan orang gagal meneruskan proses diet atau dengan erti kata lain tidak konsisten. Cara mudah untuk anda turunkan berat badan adalah dengan perbetulkan amalan gaya hidup anda. Kerana gaya hidup menjadi satu kebiasaan dan ia akan membuat anda tidak rasa terbeban untuk diet semata-mata.



Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang melibatkan diri dalam gaya hidup tertentu dapat menurunkan berat badan lebih mudah dan lebih semulajadi daripada yang lain.
Jadi jom lihat 3 tips gaya hidup di bawah dan mula melaksanakannya ke dalam rutin harian anda. Anda akan terkejut kerana ia lebih mudah untuk anda mengurangkan berat badan secara semulajadi, apatah lagi hidup anda juga akan lebih baik!

1) Tidur Yang Cukup
Girl Sleeping With Her Brown Plush Toy

Anda mungkin berfikir bahawa tip pertama adalah sesuatu yang berkaitan dengan makanan atau senaman, tetapi cuba teka? Ini sebenarnya tentang kesihatan tidur anda.
Tidak kira berapa sihat anda makan atau berapa banyak anda bersenam setiap hari, dengan tidak mendapat tidur berkualiti yang cukup secara automatik ia lebih sukar untuk anda mengurangkan berat badan lebih semulajadi.
Tidur mengawal banyak hormon penting yang mengawal selia metabolisma, selera makan, dan fungsi tiroid. Tidur juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.
Rehat pada waktu malam yang berkualiti juga boleh mengubah ketagihan anda terhadap makanan. Jadi tidak kira apa alasan, anda perlu tetapkan untuk tidur 7-8 jam setiap malam.

2) Minum Lebih Air Putih
Man Wearing Black Shirt Drinking Water

Tip ini mungkin kedengaran membosankan untuk ramai orang, tetapi ia adalah benar. Air adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan anda mungkin memerlukan lebih daripada standard yang disyorkan 8 cawan sehari.
Jika anda mendapati susah untuk minum air yang mencukupi, anda boleh mula dengan menggantikan pilihan minuman harian anda dengan air putih untuk membuat ia lebih mudah. Contohnya, kebiasaan anda minum air sirap waktu lunch, jadi mulai esok amalkan air putih ya.
Kenapakah air mampu untuk menurunkan berat badan?
Air bukan sahaja menyingkirkan toksin yang telah sedia tersimpan di dalam lemak dengan lebih mudah, tetapi ia juga membantu metabolisma anda supaya bekerja secara optimum. 
Tambahan lagi, penghidratan adalah penting untuk semua sel-sel dalam badan anda. Jadi minumlah secukupnya.

3) Makan Sebiji Epal Sehari
Woman Wearing Silver Diamond Ring Biting Green Apple




Epal adalah buah-buahan yang unik kerana ia mengandungi tahap pectin yang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah. Pectin membuat anda rasa penuh dan kenyang lebih cepat walaupun jika anda tidak mengambil banyak kalori.
Pektin juga akan mengurangkan tahap gula darah, kolesterol tidak baik yang lebih rendah, dan ia juga membantu dalam penghadaman.
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang makan epal sebelum makan; ia membantu mereka mencegah daripada makan berlebihan bila tiba waktu makan. Epal juga satu sumber vitamin C, antioksidan, dan kalium jadi epal juga baik untuk tahap imuniti badan dan tekanan darah anda.
Ingat bahawa penurunan berat badan bukan berlaku dalam sekelip mata. Proses tersebut perlukan masa. Untuk tidak membebankan anda, cara paling mudah adalah ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik.



Untuk dapatkan special tips lagi dan dapatkan Deina slimax juiceyang membantu turunkan berat  badan anda tanpa perlu lagi berlapar boleh click  disini  dan terus mesage hafiy untuk dapatkan consultation yang padu yea :)


SLIMAX FRUIT JUICES